(MODUL CARA HIDUP ISLAM (MUTADAYYIN)
1. PENGENALAN
Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan cetusan
idea YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia yang
menerajui Kementerian Pelajaran Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2009.
Hasrat ini telah disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM),
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh,
Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.
2. RASIONAL
Program SUMUR ialah
satu program yang
menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para
guru dan kerjasama
murid dalam kegiatan-kegiatan khas
serta memupuk persefahaman yang erat antara murid.
3. MATLAMAT
Program
SUMUR dapat melahirkan murid yang memiliki personaliti
terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain; sentiasa memburu ilmu untuk
kebahagiaan di dunia dan akhirat; mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang
cemerlang dalam kehidupan seharian; mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi
cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat
patriotisma.
4. OBJEKTIF
Objektif utama program SUMUR untuk mencapai matlamat
iaitu :
4.1 untuk menilai tahap peningkatan akhlak, kelakuan
dan sahsiah murid.
4.2 mengenalpasti kecenderungan murid terhadap amalan
bagi peningkatan akhlak, kelakuan dan sahsiah mereka.
5. SEKOLAH YANG TERLIBAT
5.1 SJK (C) PENG MIN
6. JUMLAH PENYERTAAN MURID
6.1 SJK (C) Peng Min = 23 orang
7. TARIKH, MASA, DAN TEMPAT PELAKSANAAN
Tarikh : 03.03.2025 – 27.03.2025
Masa : 10.05
pagi – 10.35 Pagi
Tempat : Bilik Agama & Bilik Komputer SJK (C) Peng
Min