CAMPSITE DAMAI D'LUBUK BADAK

Assalamualaikum.. perkongsian kali ini adalah tentang "Campsite Damai D'Lubuk Badak" lokasinya adalah di Baling, Kedah.

Ia merupakan satu kawasan perkhemahan atau perkelahan yang memang sesuai jika keluarga yang datang membawa anak kecil. Ini kerana, sungai yang ada disebelah tapak dirikan khemah memang cetek. Sesuai untuk anak-anak bermain air. 

Kemudahan yang disediakan pula, amat sesuai dengan pengguna, antaranya tandas  yang selesa, surau yang bersih dan juga tempat letak kereta yang memang sebelah tapak perkhemahan sahaja. Kalau nak mengecas telefon ke atau gajet lain, senang sahaja sebab plug point pun disediakan..

Sesiapa yang rajin nak buat masak-masak pun tak payah risau, ada sinki dekat tapak perkhemahan disediakan..

Terdapat juga pondok-pondok yang boleh di sewa oleh penggunjung sekiranya tiada khemah dengan harga yang berpatutan.

Tapak Perkhemahan Lubuk Badak ini ialah tapak perkhemahan rekreasi yang menyajikan pemandangan alam semula jadi dengan pengalaman tempatan.

Datanglah ke sini untuk merasai masa lapang dan melepaskan tekanan dengan berkhemah atau berkelah..

Sebarang maklumat berkaitan Campsite ini bolehlah berhubung terus dengan owner tempat ini ..

Alamat : 

Damai D'Lubuk Badak, K702, Kampung Lubok Legong, Baling, Kedah, Malaysia

No.Telefon :

+60 11-2991 2768

Website :

https://www.facebook.com/profile.php?id=100057310395049&mibextid=ZbWKwL




Previous Post Next Post